Selepas Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Hindun binti Abi Umaiyah

Selepas kewafatan baginda, Ummu Salamah berterusan membantu agama Islam. Periwayatan Hadith oleh beliau memberikan kesan yang besar kepada masa depan agama.[4]Ummu Salama, bersama Aisyah, dan beberapa isteri baginda pernah menjadi imam untuk para wanita beribadah.[32]

Ummu Salamah turut melibatkan diri dalam Perang Unta. Ummu Salamah tidak bersetuju dengan penglibatan Aisyah dalam pertarungan tersebut.[33] Ummu Salamah turut menghantar anakandanya, Umar, untuk bertarung.[5]

Ummu Salamah wafat pada tahun ke 64 Hijrah. Walaupun tarikh kewafatan beliau tidak diketahui secara tepat, anakandanya memaklumkan bahawa beliau wafat pada usia 84 tahun.[3] Beliau dimakamkan di Jannatul Baqi'. Beliau juga merupakan Ummul Mu'mineen yang terakhir wafat iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Yazid.[2]

Rujukan

WikiPedia: Hindun binti Abi Umaiyah http://darulmuhajirinselangor.blogspot.com/2014/06... http://www.ezsoftech.com/stories/companion5.asp http://www.islamicvoice.com/january.2003/child.htm... http://www.messageofthaqalayn.com/48-umm%20salamah... http://quran.com/33/30-32 http://quran.com/33/53 http://www.themodernreligion.com/family/m-past.htm... http://0-www.oxfordislamicstudies.com.library.colg... http://www.introducingislam.org/info/tatheer/chapt... http://www.introducingislam.org/info/tatheer/chapt...